Puasa Dah Nak Abis Oh Yeah, Aku Pun Dah Kurus!
Author: Azril Reyes | Filed under: PersonalPuasa dah nak abis. Aku pun dah kurus skang. Berat dah tinggal 97KG dari asal sebelum puasa 107KG. Plan nak besarkan badan sampai 150KG preparation untuk pertandingan Mr. Sabah and seterusnya Mr. Malaysia, kalau dapatlah tapi apa nak buat. Tanggungjawab kepada agama lebih penting daripada segalanya. So hari nih lepas meeting kat office sementara nak tunggu buka puasa, aku suh kawan aku, En. Amir Zahid untuk tangkap gambar aku yang dah kurus. Mungkin ada orang rasa tak kurus tapi aku untuk dalam tempoh 5 tahun, inilah berat aku yang paling sedikit. Nasib baik puasa seminggu jer lagi, kalau tak agak-agaknya turun lebih daripada 10KG kot. Hahaha.

Nasib baik muka pun dah licin semenjak dah stop makan supplement nih… Bagus juga kan. Tapi itulah pengorbanan, nak badan cantik, muka kenalah banyak jerawat. Tapi part botak tuh, memang aku nih suka kepala botak haha.

Hensem tak? Kalau tak hensem pun, macho pun oklah kan…. Hahaha…
Camner aku diet? Ada org kata bila puasa badan naik sebab bila malam dia melantak. Manalah badan tak naik kalau buka pose makan sampai 2 ketul murtabak. Tak masuk lagi abc, ayam golek, ayam percik, kuih sampan, roti john. Rahsia diet aku di bulan pose nih? Cukup senang. Aku kurangkan makan carbo dan lebihkan protein. Aku cuma makan nasi, mee atau kuih pada buka puasa sahaja. Tapi dalam kuantiti yang terkawal. Selebih tuh, hanyalah ayam atau daging semata-mata. Memangla lesu badan, tapi nak body cantik, kenalah berkorban.
Tags: azril reyes, azrilreyes, kurus, puasa
Leave a Reply