10 Oct 2009

Camner Nak Check Proses Query MySQL Dalam Server?

Author: Azril Reyes | Filed under: MySQL

MySQL ada Statements yang di panggil “show processlist” untuk tunjukkan korang apakah query yang sedang berjalan di dalam MySQL. Statements ini amatlah penting kerana ianya boleh memberitahu kita apakah query yang menggunakan resource CPU dengan banyaknya. So daripada query ini, kita boleh dapat membetulkan query-query yang menyebabkan aplikasi dan server kita slow atau kadang-kadang kita mendapat error “too many connections”.
Sintaks untuk statements ini amatlah mudah. Hanya taip show processlist;

output yang dihasilkan adalah seperti berikut

query

Column info menunjukkan apakah query yang sedang berjalan atau NULL yang membawa maksud tiada apa-apa query. Kalau anda inginkan proses query yang lebih teliti, ada boleh menggunakan statement berikut.

show processlist\G

statements diatas lebih berguna untuk menunjukkan secara tepat apakah query yang menyebabkan aplikasi kita lambat. Berikut adalah contoh output yang dihasilkan

query1

Sekiranya anda run query ini sebagai user biasa, anda hanya akan dapat melihat proses query yang dihasilkan oleh username anda. Untuk melihat kesemua query yang berjalan di dalam server, anda perlukan privileges “root” user.

Tags: , , , ,

Leave a Reply